Saturday, November 7, 2015

Assalammualaikum.

Lama dah melawat 'rumah' ni. Mujur la tak bersawang sangat (ye la tu, dah dekat setahun, agak-agak la kan 😜)

So, hari ni, pembuka bicara, nak bagi resepi biskut chocolate tanpa telur dan butter. Mesti ada yang tanya, apa la rasanya kan? Well, masa Along jumpa resepi ni pun, itulah soalan pertama. Tapi bila dah cuba, terkejut sebab rasanya  tak ada kekurangan apa2 pun. Bahagian dalam biskut ni sgt chewy, dengan bahagian luar sedikit rangup. Kalau nak tambah chocolate chip or kacang, boleh jer.

Since bahan-bahan nak buat biskut ni memang stok asas yang ada kat rumah, percaya tak if Along bagi tau yang kos nak buat biskut ni tak sampai pun RM 4 untuk 35-40 keping biskut. Bak kata aruah nenek Along, muai la sangat. 

Nak bagi amaran yer, biskut ni, if dah makan satu tak bleh berhenti. So sapa-sapa yg tgh diet tu, hati-hati yer (ah, Along pun diet, but belasah je).

So, malas nak cakap banyak lagi, ni resepi kat bawah ni.




Bahan-bahan:

1 3/4 cwn tepung gandum
2/3 cwn gula
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
1/4 cwn serbuk koko
1 sudu kecil esen vanilla 
1/2 cwn minyak kelapa
1/4 cwn air suam

Cara-cara:

1. Panaskan oven pada suhu 180 C.

2. Campurkan sebati tepung, serbuk koko,baking powder dan garam ke dalam mangkuk. Asingkan.

3. Dalam mangkuk yang lain, campurkan gula, esen vanilla, minyak dan air. Kacau sehingga gula agak larut.

4. Kemudian, buat bulatan di tengah-tengah campuran tepung. Tuangkan campuran gula tadi. Gaul hingga sebati.

5. Bulatkan adunan sebesar duit 50 sen lama. Leperkan tapi jgn terlalu nipis (anggaran 0.5 cm). Buat sehingga habis.

6. Bakar selama 8-10 minit. Bahagian tengah biskut masih sedikit lembut. Jangan risau kerana biskut akan terus masak semasa menyejuk.

7. Tunggu sejuk sebentar sebelum dipindah ke rak penyejuk. ( Tapi, if nak makan sekarang, boleh jer 😊).





No comments:

Post a Comment